Saturday, March 15, 2014

Resepi Kek Batik

Kek Batik

Siap sedia utk dimakan

Bahan-bahan:
1 paket biskut marie (putih)- guna 2 baris shj
1 cawan majerin
1 cawan milo
3 sb serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu pekat manis

Cara-caranya:
1. Panaskan majerin dan kacau hingga majerin cair. Kemudian masukkan susu pekat manis.
2. Masukkan milo, serbuk koko, dan telur. Kacau sehingga dia mendidih. Kalo nampak bahan2 tadi terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
3. Bila bahan2 td sudah mendidih, patah-patah kan biskut marie dah masukkan dalam bahan-bahan tadi.Gaulkan biskut bersama bahan-bahan tadi. Masak lebih kurang 5minit kemudian boleh letak dalam loyang. Tekan biskut yang digaul tadi supaya ia mampat dan sama rata. 
4. Tunggu kek sehingga sejuk baru boleh dipotong. (Boleh letak dalam peti ais)
Selamat mencuba.

Friday, March 14, 2014

Resepi Donut Coklat Gebu

Donut Coklat Gebu


donut coklat gebu
Bahan-bahan:
2sk yis
1/4 cawan air suam
1sk gula
(Satukan bahan di ats dan biar berbuih utk memastikan yis aktif)

3 cawan tepung gandum
4sb gula
1/2sk garam halus
2sb susu tepung
2sb serbuk koko
1 biji telur
1/2 cawan air
2sb marjerin

Cara-caranya:
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar. Kemudian gaulkan sekata dan bt lubang ditengah2 tepung yang digaul tadi. Tuangkan telur, yis yang telah dilarutkan tadi, majerin dan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga licin atau tidak melekat di tangan. Biarkan doh dalam bekas yang bertutup. Tunggu lebih kurang 20 minit. Bila doh sudah kembang, bentuk kan donut. Tunggu lebih kurang 10 minit. Donut tadi dah boleh digoreng. Selamat mencuba.

Resepi Kek Lapis Kukus Masam Manis (Hawflakes)

Resepi Kek Lapis Kukus Masam Manis (Hawflakes)


Proses mengukus akhirnya siap hingga lapisan terakhir.

hasilnya..kalau nk hasil yang lebih cantik..bt lapisan nipis2..

sy bt lapisan tebal2 sbb nk siap cepat..even hasil tak memuaskan..tp rasanya tetap sedap..mabeles.
Bahan-bahan:
7 biji telur - asingkan putih/kuning
1 paket biskut krim kraker - blender hingga hancur
2 cawan mentega
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
2 bungkus coklat asam manis
sedikit pewarna merah dan hijau ( warna ikut suka nk pilih kaler apa)

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul putih telur hingga kembang. Ketepikan. Kemudian pukul gula dan mentega. Masukkan kuning telur, susu pekat, esen vanilla dan pukul hingga kembang.
2. Masukkan putih telur, soda bikarbonat, ovellete dan biskut. Kacau hingga sebati. Adunan dibahagi kepada dua bahagian, masukkan pewarna iaitu satu mangkuk merah dan satu mangkuk hijau.
3. Alaskan loyang dengan menggunakan kertas minyak dan sapu majerin.
4. Masukkan satu senduk adunan dan letakkan coklat secara berselerak. Kukus hingga masak iaitu lbh kurang 15minit.
5. Buatlah sedemikian secara berselang seli warna hingga adunan habis.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Apabila masak, sejukkan kek terlebih dahulu, barulah boleh potong untuk dimakan.Selamat mencuba.

Resepi Brownies Cheese Kukus

Resepi Brownies Cheese Kukus


Lapisan cheese agak tebal..

Cara-cara membuatnya:

Brownies: Bahan A
2biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yang diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko( boleh tambah hingga 1/2 cwn jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 susu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dahulu dengan kertas minyak. Kukus lebih kurang 25-35minit hingga masak. Simpan sedikit adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan keju:
500g cream cheese. (Boleh guna 250g jika mahu)
4biji telur
140g gula halus
sedikit esen vanilla

cara-caranya:
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.Ambil sedikit adunan brownies td dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung lidi atau pisau. Kukus semula lebih kurang 30minit dengan api yang sederhana hingga masak. Untuk memastikan keju telah masak, cucukkan kek tadi dengan lidi. Jika kek dah betul-betul masak, kek tadi tidak akan melekat pada lidi.Selamat mencuba.