Friday, March 14, 2014

Resepi Brownies Cheese Kukus

Resepi Brownies Cheese Kukus


Lapisan cheese agak tebal..

Cara-cara membuatnya:

Brownies: Bahan A
2biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yang diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko( boleh tambah hingga 1/2 cwn jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 susu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dahulu dengan kertas minyak. Kukus lebih kurang 25-35minit hingga masak. Simpan sedikit adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan keju:
500g cream cheese. (Boleh guna 250g jika mahu)
4biji telur
140g gula halus
sedikit esen vanilla

cara-caranya:
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.Ambil sedikit adunan brownies td dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung lidi atau pisau. Kukus semula lebih kurang 30minit dengan api yang sederhana hingga masak. Untuk memastikan keju telah masak, cucukkan kek tadi dengan lidi. Jika kek dah betul-betul masak, kek tadi tidak akan melekat pada lidi.Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment