Friday, March 14, 2014

Resepi Kek Lapis Kukus Masam Manis (Hawflakes)

Resepi Kek Lapis Kukus Masam Manis (Hawflakes)


Proses mengukus akhirnya siap hingga lapisan terakhir.

hasilnya..kalau nk hasil yang lebih cantik..bt lapisan nipis2..

sy bt lapisan tebal2 sbb nk siap cepat..even hasil tak memuaskan..tp rasanya tetap sedap..mabeles.
Bahan-bahan:
7 biji telur - asingkan putih/kuning
1 paket biskut krim kraker - blender hingga hancur
2 cawan mentega
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
2 bungkus coklat asam manis
sedikit pewarna merah dan hijau ( warna ikut suka nk pilih kaler apa)

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul putih telur hingga kembang. Ketepikan. Kemudian pukul gula dan mentega. Masukkan kuning telur, susu pekat, esen vanilla dan pukul hingga kembang.
2. Masukkan putih telur, soda bikarbonat, ovellete dan biskut. Kacau hingga sebati. Adunan dibahagi kepada dua bahagian, masukkan pewarna iaitu satu mangkuk merah dan satu mangkuk hijau.
3. Alaskan loyang dengan menggunakan kertas minyak dan sapu majerin.
4. Masukkan satu senduk adunan dan letakkan coklat secara berselerak. Kukus hingga masak iaitu lbh kurang 15minit.
5. Buatlah sedemikian secara berselang seli warna hingga adunan habis.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Apabila masak, sejukkan kek terlebih dahulu, barulah boleh potong untuk dimakan.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment